Rumusan/maklumat

 

  

Maklumat  ringkas bahan yang dikumpul.

Pada perancangan saya,proses yang mula sekali saya lakukan dengan menyediakan satu folder khusus untuk bahan atau maklumat  untuk assignment Kursus BMM 3105.Terlebih dahulu saya kena pasti bahan atau maklumat yang sesuai  pada pandangan saya.Saya memutuskan untuk memfokuskan kepada bidang tatabahasa dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu.Semasa mencari bahan saya kenal pasti bahagian tatabahasa yang saya hendak muat turun  dalam laman web saya nanti secara berperingkat-peringkat.

Disamping mencari maklumat atau artikel,saya akan  baca samada artikel ini sesuai atau  tidak.Setelah  dapat yang sesuai saya akan salin dan simpan di dalam fail yang telah dibina.Begitulah seterusnya saya lakukan  berperingkat-peringkat sehingga selesai  carian bahan atau  maklumat seperti perancangan yang telah dibuat.

Semasa carian bahan atau  maklumat,saya akan baca samada bersesuaian  atau tidak.Disamping itu ,saya dapat menambah pengetahuan tentang topik-topik yang dicari.Saya akan ambil artikel yang bersesuaian.Seterusnya saya akan simpan maklumat-maklumat  dalam fail.Dari artikel tersebut,saya akan meneliti dan membuat pengeditan  agar lebih baik dan bersistematik.Selain itu,saya membuat satu draf pembahagian topik-topik  yang lebih bersesuaian.

Artikel  pertama yang saya cari adalah tentang definisi tata bahasa.Secarai  ringkas dari pembacaan. Tatabahasa adalah

bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang

ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan

semantik.

               Seterusnya artikel kedua ialah Penggolongan Kata Nama  dan latihan yang berkaitan topik tersebut.Penggolongan kata Nama ialah  dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu Kata Nama Am ,Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama.Kata Nama Am terbahagi kepada kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Kata Nama Khas  ialah nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. Kata ganti nama dibahagikan kepada  iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.Saya kemukakan juga latihan gantinama diri sebagai pengukuhan.

               Saya mencari juga artikel tentang Kata Sendinama.Sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama .Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.Kemudian saya cari satu bahagian soalan berkaitan kata Sendinama untuk pengukuhan.

               Selepas itu ,saya mencari pula artikel berkaitan Kata Hubung.Dari pembacaan,kata hubung  digunakan  untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk. Selain itu dimasukkan juga satu bentuk soalan mempunyai kata hubung.

            Banyak laman web yang saya rujuki  berkaitan Kata arah.Oleh itu saya mengambil satu saja artikel  untuk dimuat turunkan.Kata arah  ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, dan hala  Dari segi penggunaan, kata arah biasanya didahului oleh kata sendi  di,dari, dan ke. Saya sediakan sedikit soalan yang berkaitan kata arah.

            Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau ) adalah  segala perbuatan yang dilakukan  oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).   Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. Di situ juga saya sediakan soalan yang mengandungi Kata kerja.

            Kata  ganda  boleh  juga digunakan dalam penulisan atau perbualan seharian.Kata ganda adalah sebagai mengukuhkan lagi penulisan mahupun perbualan seseorang. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.

            Kata bilangan pula ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.Terdapat juga latihan sebagai rujukkan.

 Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

 Penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.     Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Nada percakapan seseorang untuk menyatakan perasaan  perlu didahulukan kata seru agar pendengar faham perasaan orang yang bertutur.

            Selain itu saja mengambil tatabahasa yang berkaitan dengan penandawacana. Penandawacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penandawacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai perpautan yang lengkap.Sebuah penulisan akan baik sekiranya terdapat penandawacana yang berkaitan .

            Saya juga mencari dan mendapat artikel jenis-jenis ayat. Jenis - jenis ayat  seperti ayat penyata,ayat tanya,ayat seruan,ayat permintaan,ayat silaan   dan ayat perintah.Setiap jenis  ayat mempunyai fungsi masing-masing dalam penggunaan Bahasa Melayu.

            Penjodoh bilangan pula digunakan  semasa menulis atau bertutur dalam Bahasa Melayu. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan dan juga  untuk menentukan sesuatu benda  mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Selain itu saya memilih satu artikel  soalan-soalan penjodoh bilangan  untuk menambah pemahaman  setiap pembaca.

            Simpulan bahasa juga dikenali bunga bahasa.Tujuannya bagi memperindahkan lagi dalam penggunaan Bahasa Melayu dan mendapat maksud yang tersirat disebalik simpulan bahasa. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Saya  juga sertakan latihan-latihan yang berkaitan dengan simpulan bahasa.

 

            Tanda baca adalah simbol atau lambang yang penting semasa membaca atau menulis. Tanda baca digunakan untuk memberi syarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam pembacaan.Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

 

Tanda baca utama yang sering digunakan seperti tanda noktah atau titik ( . ), tanda koma( , ),tanda tanya atau soal ( ?),tanda seruan( ! ),tanda sempang atau sengkang ( - ) ,tanda noktah bertindih( : ) dan tanda pengikat  kata atau petikan ( “……” ).

 

 

            Dalam  Bahasa Melayu,penguasaan kemahirannya  bukan sahaja dilihat dari segi penggunaan tatabahasa  sahaja tetapi juga dalam bentuk penulisan samada pengolahan ayat-ayat,ejaan,tatabahasa dan perbendaharaan kata.Dalam laman Web saya sertakan gambar-gambar sebagai bahan rangsangan dalam membuat latihan penulisan.

            Akhir kata bahan-bahan atau artikel-artikel yang saya kumpul dapat menjadi  bahan rujukan dalam pelajaran Bahasa Melayu

 

 

                                                               

           

 

 

 

 

 

 



 

.