Kesimpulan Bahasa

Simpulan bahasa

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Sebagai contoh; ada hati yang bermaksud ada kemahuan, alas perut pula bermaksud makanan yang dimakan sedikit supaya tidak lapar.

Beberapa contoh simpulan bahasa:



Simpulan Bahasa

 

Maksudnya

abu dajal

orang yang sangat jahat dan menghalang pekerjaan kebajikan

abu jahal

perosak masyarakat atau orang yang menghalang kerja-kerja baik

abu nawas

orang yang bijak melepaskan diri

ada angin

berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika

ada hati

mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu

air muka

rupa atau wajah seseorang

ajak-ajak ayam

tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang

ada bakat

mempunyai tokoh atau perwatakan

alas perut

makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan

anak angkat

anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri

anak bapa

anak yang disayangi oleh bapa

anak buah

orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara

anak emas

anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

angkat kaki

meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab

atas angin

negara-negara di sebelah barat

atas pagar

tidak menyebelahi mana-mana pihak

ayam tambatan

orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

bahasa pasar

bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya

banyak mulut

orang yang banyak bercakap

batu api

orang yang suka menghasut

batu loncatan

sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

bau-bau bacang

tali persaudaraan yang jauh

bawah angin

negara-negara di sebelah timur

bekas tangan

hasil kerja tangan seseorang

beralih akal

berubah fikiran atau pendapat

beralih angin

pergi ke sesuatu tempat untuk berehat

berat hati

enggan; malas

berat mulut

pendiam atau tidak suka bercakap banyak

berat tulang

orang yang malas bekerja

berat sebelah

tidak berlaku adil

berbelah bagi

sukar untuk membuat keputusan

berhati batu

degil dan sukar menerima nasihat

berhutang budi

patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga

bermuka dua

tidak jujur

bertikam lidah

bertengkar; berdebat

besar hati

bergembira atau berbangga akan sesuatu

besar kepala

degil; sukar menerima pandangan orang lain

buah hati

orang yang dikasihi atau dipuja

buah mulut

sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai

bush tangan

hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

bulat hati

bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad

buruk siku

mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

buta hati

tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam

buta kayu

orang yang tidak berpelajaran

cahaya mata

anak

cakar ayam

tulisan yang buruk

campur tangan

turut serta atau mencampuri urusan orang lain

cangkul angin

pekerjaan yang sia-sia

cari jalan

berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu

cepat tangan

suka mencuri

dalam tangan

sudah pasti akan diperoleh

darah daging

anak kandung

durian runtuh

keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

gaji buta

mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh

gelap mata

hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta

harga diri

maruah atau kehormatan seseorang

harga mati

harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi

hati batu

degil atau keras hati

hati tikus

penakut, tidak berani

hidung tinggi

sombong atau tinggi diri

hilang akal

tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri

ikat perut

menahan lapar kerana berjimat

iri hati

menyimpan perasaan dengki atau cemburu

isi hati

perasaan dalam hati

jalan buntu

tidak ada jalan penyelesaian

kacang hantu

orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain

kaki ayam

tidak berkasut atau berselipar

kaki bangku

tidak berkebolehan bermain bola

kaki botol