Penandawacana

PENANDA WACANA 

 

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

 

1.           Tambahan             : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,

  selanjutnya, seterusnya, di samping

2.           Urutan                    : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,

  kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

3.           Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang

  diterangkan

4.           Contoh                    : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,

  umpama, bagai, bak kata, sebagai

5.           Rumusan               : rumusannya, kesimpulannya, sebagai

  kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6.           Tempat                  : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,

  bertentangan dengan

7.           Waktu                    : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada

  mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8.           Sebab dan kesan   : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,

  dengan itu

9.           Bandingan             : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama

  juga dengan

10.      Pertentangan           : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau

  bagaimanapun, namun begitu, bertentangan

  dengan

11.      Pengesahan            : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,

  pastilah, sememangnya